Download Kumpulan Ceramah dan Kultum

Beberapa Perkara Dan Adab-Adab Yang Harus Kita Ketahui Sebelum Mendengar Ceramah-Ceramah Di Bawah Ini

download silahkan klik di sini

1) Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan.

2) Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya.

3) Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri.

Sekiranya kita tidak suka dengan gaya penyampaian seseorang penceramah, janganlah mencerca atau memandang rendah terhadapnya. (Seperti kata-kata sebegini: “Ustaz ni boring. Tak menarik langsung.”.. Ustaz ni serious sangat. Mengantuk saya dibuatnya.” … “Ustaz ni asyik suka naikkan suara dia je.”… “Ustaz ni tak best lah. Langsung takde lawak dan kelakar”…)

Sepatutnya kita ingat, bahawa jikalau seseorang penceramah itu tidak dapat menarik hati kita dalam penyampaiannya, mungkin sahaja penyampaiannya itu dapat menarik hati dan memberi manfaat kepada orang yang lain.

Dan sekiranya kita suka dengan gaya penyampaian seseorang penceramah, mungkin sahaja penyampaiannya itu tidak dapat menarik hati orang lain.

4) Jikalau kita dapati ada perbezaan pendapat di antara penceramah-penceramah di bawah ini terhadap sesuatu perkara atau ‘issue-issue’ yang hanya melibatkan masalah furu’iyyah (masalah cabang-cabang dalam agama), maka hormatilah pandangan dan pendapat mereka masing-masing. Janganlah kita terlalu ta’sub atau fanatik dengan satu pendapat dan menolak pendapat lain sambil memandang rendah, mencerca atau yang lebih buruk lagi menuduh mereka kufur, sesat atau memutuskan yang mereka akan masuk neraka (Na’udzubillah) terhadap sesiapa yang berpegang dengan pendapat itu. Sikap sebegitu hanya ada pada orang-orang yang jahil.

5) Jikalau kita tidak memahami atau keliru dengan mana-mana bahagian yang disampaikan oleh seseorang penceramah, silalah rujuk dan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perkara tersebut. Elakkan-lah diri kita dari menafsirkan atau membuat andaian sendiri jika tidak pasti.

Untuk download silahkan klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s